Pemberian bantuan Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar Tahfiz yang tidak mengikuti pembelajaran arus perdana untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Syarat kelayakan
Pemohon lahir di negeri Melaka dan
Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
Bermastautin di negeri Melaka dan
Pengundi di negeri Melaka
Pelajar lepasan institusi Tahfiz Al-Quran di negeri Melaka
Keutamaan kepada pelajar yang menghafaz 30 Juzukdengan Sijil Syahadah/Khatam; atau
Pelajar Tahfiz menghafal minimum 10 Juzuk
Berumur genap 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa atau memiliki sijil PMR atau UPSR
Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)
Surat pengesahan telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 Juzuk Al-Quran daripada Maahad Tahfiz/ Madrasah/ Sekolah
Salinan KP/Sijil Kelahiran (warganegara)
Sijil Tamat Sekolah Rendah
Pelajar wajib menghadiri temuduga yang diadakan oleh pihak KUIM